Malaysia Deals

KTM Kad Komuter Link RM2 (Normal Price: RM10, Minimum Top Up: RM10) Until 5 February 2017

KTM Berhad Malaysia Kad Komuter Link Promo

KTM Berhad Malaysia Komuter Link Card (Adult) Discount Promotion

PERKHIDMATAN KTM KOMUTER JUAL KAD KOMUTER LINK DENGAN HARGA RM2.00 SAHAJA
KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM Komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 sahaja berbanding harga asal RM10.00 mulai esok, 5 Januari sehingga 5 Februari 2017.

Promosi harga RM2.00 ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

KTM Berhad yakin inisiatif promosi penjualan kad Komuter Link dengan harga RM2.00 akan menarik lebih ramai pengguna KTM Komuter beralih kepada gaya hidup daripada membayar tambang secara tunai (cash) kepada bukan tunai (cashless) kerana ia akan memberi penjimatan diskaun harga tambang sehingga 20% berbanding bayaran tambang secara tunai.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, kaedah bayaran tambang tanpa tunai perlu dijadikan pilihan. Pengguna pengangkutan awam khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter perlu bijak dan sedar bahawa penggunaan kad tambah nilai seperti Komuter Link akan memberi manfaat dari aspek penjimatan perbelanjaan tambang, dan cepat kerana mereka tidak perlu beratur di kaunter atau mesin tiket.” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Cik Azshidah Shah Shahari.

“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.

Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau twitter @ktmkomuter.
KTM Kad Komuter Link Card
Link

Malaysia Freebies Samples Giveaway

Malaysia Sale Discount Offer Deals

Malaysia Promo Codes / Voucher Codes

Free Updates!

Get FREE weekly update of popular deals and tips delivered to your email.

Never miss a deal again!

Sign up