Malaysia Deals

PJ City Bus Free Bus Services @ Petaling Jaya

PJ City Bus Free Bus Services Petaling Jaya

PJ City Bus Perkhidmatan Bus Percuma MBPJ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Petaling Jaya dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma di kawasan Petaling Jaya.

Bagi menjayakan program itu, MBPJ menjalinkan kerjasama dengan syarikat Rapid Bus Sdn Bhd dengan memperuntukkan sebanyak 10 buah bas untuk kemudahan penduduk ke destinasi sekitar Pusat Bandar, Petaling Jaya.

MBPJ mensasarkan penggunaan kenderaan awam dapat ditingkatkan dan membantu meredakan masalah kesesakkan lalu lintas di Petaling Jaya khususnya pada waktu puncak dan jumlah penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan.

Waktu perkhidmatannya bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam pada setiap hari dan ianya dilengkapi dengan jaringan wifi percuma dan paparan LED dengan kekerapan perjalanan 15 minit untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Petaling Jaya.

Perjalanan perkhidmatan bas percuma ini meliputi laluan sejauh 28 kilometer akan bermula di Hab Bas di Jalan PJS 3/2 yang sedang dibangunkan akan melalui Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yong Shook Lin, sekitar pusat Bandar seksyen 52, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Pihak Majlis telah memilih lokasi Pusat Bandar Seksyen 52 sebagai projek perintis bagi laluan Perkhidmatan Bas Percuma ini khusus bagi menyokong perlaksanaan projek “PJ Livable City” yang merupakan projek perintis kerja-kerja menaiktaraf Pusat Bandar yang mengandungi beberapa komponen utama seperti projek sistem jalan sehala, projek “Park & Ride”, “PJ Walk” dan sebagainya.

Selain kerja-kerja menaiktaraf sistem jalanraya dan perabot jalan, projek sistem jalan sehala ini akan meliputi komponen-komponen pembangunan lain seperti kerja-kerja landskap, pemasangan kamera litar tertutup (cctv), sistem lampu baru jenis LED, membina kemudahan siarkaki berbumbung dan laluan basikal.

Komponen yang disebutkan ini adalah seiring dengan matlamat Majlis untuk mewujudkan Bandar Bebas Halangan dan Bandar Lestari.

Inisiatif ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya di kawasan Pusat Bandar.

Pelaksanaan perkhidmatan bas percuma itu sejajar dengan fokus MBPJ membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Justeru, MBPJ berharap semua penduduk Petaling Jaya dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.

PJ City Bus Free Bus Services Bus Routes / Bus Stops (Laluan Bas / Hentian Bus)

PJ City Bus PJ01: Taman Medan <-> Stesen KRT Taman Jaya

Laluan PJ City Bus PJ01 Bas Percuma

PJ City Bus PJ02: Stesen LRT Taman Jaya <-> SS2

Laluan PJ City Bus PJ02 Bas Percuma

PJ City Bus PJ03: LRT Taman Bahagia <-> SS6 Kelana Park View

Laluan PJ City Bus PJ03 Bas Percuma

PJ City Bus PJ04: LRT Taman Bahagia -> Kg. Tunku -> SS2

Laluan PJ City Bus PJ04 Bas Percuma
Link

Malaysia Freebies Samples Giveaway

Malaysia Sale Discount Offer Deals

Malaysia Promo Codes / Voucher Codes

Free Updates!

Get FREE weekly update of popular deals and tips delivered to your email.

Never miss a deal again!

Sign up