Malaysia Deals

FREE Komuter Link Card (Save RM10) @ KL Sentral & Bandar Tasik Selatan KTM Stations Until 24 June 2017

KAD KOMUTER LINK PERCUMA KTM HARI RAYA AIDILFITRI

Kad Komuter Link Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

20 Jun 2017 (Selasa) - Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini, KTM Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan mengadakan Promosi Raya Kad Komuter Link secara PERCUMA mulai 22 Jun 2017 (Khamis) sehingga 24 Jun 2017 (Sabtu). Pada tarikh tersebut orang ramai yang ingin memiliki kad Komuter Link hanya perlu membayar RM10.00 sahaja untuk nilai simpan yang tersedia di dalam kad tersebut dan kad adalah PERCUMA. Tanpa promosi ini, kad Komuter Link dijual pada harga RM10.00 setiap satu.

Promosi Kad Komuter Link PERCUMA ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter pada minggu ini untuk pulang ke kampung tanpa perlu beratur di kaunter tiket dan mesin tiket untuk membeli token.

“Hari Khamis hingga Sabtu minggu ini dikategorikan sebagai waktu puncak kerana orang ramai akan mula meninggalkan Lembah Klang dan pulang ke kampung halaman. Dijangka akan berlaku kesesakan di kaunter tiket dan mesin tiket di stesen utama KTM seperti KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan. Salah satu daripada inisiatif pengurusan penumpang (crowd management) pihak pengurusan KTMB adalah dengan mengambil langkah memperkenalkan promosi Kad Komuter Link secara PERCUMA. Kad ini boleh didapati melalui pasukan bergerak (mobile team) #yourbuddy di stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan sahaja” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak.

“Selain itu, penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka berbanding membeli tiket secara tunai. Penggunaan kad ini adalah langkah yang sangat bijak yang perlu digunapakai oleh penumpang KTM Komuter bagi menjimatkan kos perjalanan mereka” tambah Khair Johari lagi.

Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03 2267 1200 atau twitter @ktm_berhad.

Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Link

Malaysia Freebies Samples Giveaway

Malaysia Sale Discount Offer Deals

Malaysia Promo Codes / Voucher Codes

Free Updates!

Get FREE weekly update of popular deals and tips delivered to your email.

Never miss a deal again!

Sign up