Malaysia Deals

FREE Ampang LRT Park N Ride Parking Until 30 September 2017

LRT Ampang FREE Park N Ride Facilities Promo

Rapid KL Ampang LRT Station FREE Park N Ride Facilities 20th Anniversary Promotion for 6 Months

In conjunction with Ampang Line LRT 20th Anniversary, Ampang Park N Ride facilities will be FREE from 1st April to 30th September.

Promosi Khas Parkir Percuma Di Stesen LRT Ampang

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2017 – Pengguna LRT akan menikmati kemudahan parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Laluan Ampang mulai 1 April 2017 selama enam bulan sempena promosi khas Ulang Tahun ke-20 LRT Laluan Ampang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata pengguna LRT yang meletakkan kereta mereka di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang tidak dikenakan bayaran sehingga 30 September tahun ini.

“Selain menghargai sokongan padu pengguna LRT di Stesen LRT Ampang, kami berharap usaha ini akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam untuk Laluan Ampang dan Sri Petaling terutamanya oleh penduduk disekitar Ampang,” kata Dato’ Ir. Zohari.

Tambah beliau, penanda atau “bunting” dipasangkan di sekitar Stesen LRT Ampang untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke Kompleks Parkir Bertingkat tersebut.

“Di samping usaha ini, pelbagai inisiatif-inisiatif lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Seperti yang kita semua sedia maklum, Rapid Rail dan Prasarana Malaysia Berhad komited dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan nisbah penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030,” tambah Dato’ Ir Zohari.

Bersama-sama dengan LRT Laluan Sri Petaling, sistem LRT Laluan Ampang mengendalikan hampir 200,000 penumpang sehari.

Dibuka pada 1 Jun 2014, Kompleks Parkir lima tingkat itu mempunyai 1,140 petak parkir dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk lif, kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan laluan pejalan kaki berbumbung ke stesen LRT Ampang.

Mula beroperasi sejak akhir 1997 sebagai perkhidmatan STAR LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002, LRT Laluan Ampang menyediakan perkhidmatan terus dari Ampang ke Sentul Timur. Ia bersambung dengan LRT Laluan Sri Petaling di stesen LRT Chan Sow Lin dan dengan rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek disamping berintegrasi dengan Laluan Monorel di stesen Hang Tuah dan Titiwangsa.

Link

Malaysia Freebies Samples Giveaway

Malaysia Sale Discount Offer Deals

Malaysia Promo Codes / Voucher Codes

Free Updates!

Get FREE weekly update of popular deals and tips delivered to your email.

Never miss a deal again!

Sign up